Sunday 23 December 2012

TAUFAN SANDY


Taufan Sandy mengganas di AS


NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.
Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.
Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.
Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.
Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.
Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.
Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini, namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan awam.
Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.
Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa.
Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI


Bersyukurlah :)



Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. Karena itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk masa-masa sulit. Di masa itulah kamu tumbuh.
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu. Karena itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tantangan baru. Karena itu akan membangun kekuatan dan karaktermu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.
Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih. Karena itu kamu telah membuat suatu perbedaan.
Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik. Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa surut.
Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif. Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkah bagimu.

Tuesday 11 December 2012

otak kita mungkin rosak sebab......


OTAK KITA MUNGKIN ROSAK SEBAB.....



1. Tidak mengambil sarapan pagi
 - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

14 fakta menarik :)


14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..
Subhanallah. ..Walhamdulillah … wallahuakbar.

SMART GOALS


SMART Goals

If you ask most people what is their one major objective in life, they would probably give you a vague answer, such as, "I want to be successful, be happy, make a good living," and that is it. They are all wishes and none of them are clear goals.

Goals must be SMART:

1. S--specific. For example, "I want to lose weight." This is wishful thinking. It becomes a goal when I pin myself down to "I will lose 10 pounds in 90 days."

2. M--must be measurable. If we cannot measure it, we cannot accomplish it. Measurement is a way of monitoring our progress.

3. A--must be achievable. Achievable means that it should be out of reach enough to be challenging but it should not be out of sight, otherwise it becomes disheartening.

4. R--realistic. A person who wants to lose 50 pounds in~30 days is being unrealistic.

5. T--time-bound. There should be a starting date and a finishing date.

Tuesday 4 December 2012

10 kereta termahal !


Kali ni saya masukkan list 10 kereta termahal di dunia skrg..jom tgk..
 

Maybach 57S
Price: $430,355 in UMS


 


Porsche Carrera GT
Price: $440,000 in US


 

Maybach 62
Price: $448,153 in Europe
 




Mercedes-Benz SLR McLaren
Price: $452,750 in US


 

Koenigsegg CCR
Price: â‚458,000 in Europe


 

Saleen S7 Twin Turbo
Price: $ 637,723 in US


 

Leblanc Mirabeau
Price: $645,084 (Global)
 




SSC Ultimate Aero
Price: $654,500 in US


 

Pagani Zonda Roadster F C12S 7.3
Price $667,321 in Europe and US


 


Buggati Veyron 16.4
Price: â‚1,000,000 in Europe

tips selamat : ]

Wanita sering terdedah kepada pelbagai risiko serangan apatah lagi jika berjalan seorang diri. Serangan berkenaan bukan saja membabitkan kes ragut, samun malah cabul dan rogol. Lebih malang lagi jika serangan terbabit mengakibatkan kematian.
www.familiazam.com
Bagi wanita yang sering berjalan berseorangan, langkah keselamatan diri sememangnya penting. Malang tidak berbau, malah kejadian tidak diingini boleh berlaku di depan rumah sendiri. Peragut bermotosikal biasanya mudah menarik beg tangan yang disangkut pada bahu kanan (Jika anda berjalan di kiri jalan. Justeru itu, ubah kedudukan beg misalnya anda boleh menyangkut beg pada kedudukan bahu yang bertentangan dengan jalanraya.

Menyelimpangkan beg pada bahu juga boleh menyukarkan peragut berbanding beg yang disangkut secara biasa. Berjalan dilorong gelap atau sunyi juga berbahaya. Sebaiknya elakkan diri anda daripada berjalan di kawasan sedemikian kerana jika anda diserang, mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang di kawasan itu.
www.familiazam.com
Sesetengah orang gemar menggunakan jalan pintas untuk menunggu bas, kekedai dan sebagainya. Tetapi jika anda berasa jalan pintas itu sendiri tidak selamat dilalui, lebih baik menggunakan jalan lain yang agak jauh asalkan ianya selamat.

Sekiranya terserempak dengan sesiapa yang mahu menyerang, anda tidak perlu panik. Orang yang menyerang itu lazimnya juga berasa takut dan panik untuk melakukan serangan.Tunjukkan anda tidak bimbang dengannya malah ada kalanya, jika anda langsung tidak menunjukkan rasa gentar atau takut padanya, penyerang mungkin berfikir dua kali untuk menyerang.
www.familiazam.com
Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan apa saja yang anda miliki pada masa diserang misalnya beg tangan, payung, sikat, pen dan sebagainya sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Dipasaran kini, ada juga sejenis penyembur mirip botol minyak wangi yang direka khas untuk tujuan keselamatan. Simpanlah sebotol penyembur keselamatan di dalam beg anda sepanjang masa kerana ia mungkin dapat membantu anda jika terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini.