Tuesday 9 October 2012

10 ramuan bahaya dalam mee segera... selamatkah dimakan ?




Sebelum saya meneruskan info tentang kesan memakan mee segera, ada baiknya mengimbas secara ringkas sejarah kewujudan mee segera ini.  Pada tahun 1958, Momofuku Ando telah mencipta ‘Chicken Ramen’ iaitu mee segera pertama didunia. Sejak dari itu, produk mee segera semakin berkembang dan beliau mencapai pembekalan tahunan sebanyak 91.6 bilion hidangan diseluruh dunia.

Mengikut trend permintaan mee segera dunia bagi tahun 2007-2009 yang dikeluarkan oleh Persatuan Mee Segera Sedunia (WINA), Malaysia berada pada kedudukan ketiga belas, iaitu sebanyak 11.8 (2007), 12.1 (2008), 12.0 (2009) bagi setiap 100 juta paket. Menduduki tangga pertama adalah China, diikuti oleh Indonesia, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Melihat kepada situasi ini, kita boleh membuat anggapan bahawa mi segera ini adalah makanan dunia, bukan sahaja bagi negara yang sedang membangun, malah ia juga menjadi makanan kegemaran di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.  Oleh itu, persoalan kita adalah selamatkah makan mee segera? Sebelum jawap, baca 10 ramuan yang ada dalam mee segera dahulu :

  1. Kalsium Sulfat:  Kapur Paris.
  2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
  3. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
  4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
  5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
  6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
  7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
  8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
  9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
  10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas...nasihat ini ditujukan kepada diri saya sendiri juga .

No comments:

Post a Comment